| 1. |
Mengapa tersangat penting disyorkan
pengamalan rangkaian herba pembersih dalaman ? |
|
Kami percaya keunggulan pembersihan dalaman sistem
organ dalaman tubuh merupakan langkah pertama ke arah pemastian
pemeliharaan kesihatan tubuh yang sihat. Pengamalan rangkaian herba
pembersihan dalaman juga memperlengkapkan proses pemeliharaan tahap
kesihatan tubuh seseorang dimana ia bukan sahaja akan dapat membantu
menghapuskan kekotoran dalaman, mengeliminasikan impuriti atau kotoran
yang menimbun dan yang lama terhimpun di sepanjang trek penghadaman
dan organ usus malah ia membantu membersih serta menyucikan darah
dalaman organ tubuh, membantu menguatkan kembali kelemahan tubuh
dan membantu memelihara daya pertahanan dan mempertingkatkan lagi
kekuatan sistem immun dari invasi organisma mikro, keracunan dan
pencemaran alam sekitar.
Sekiranya kotoran tidak dihapus/buangkan dan berterusan dibiarkan
menimbun di dalam tubuh.
"Bakteria akan mula membiak dan mengundang kemunculan penyakit"
< Kembali ke atas >
|
| 2. |
Berapa kerapkah seseorang itu
seharusnya mengadakan pergerakan pembuangan air besar setiap hari
? |
| |
Walaupun sesetengah doktor berpendapat pembuangan
air besar 2-3 x seminggu itu adalah normal namun bagi memastikan
sistem organ dalaman tubuh sentiasa dalam keadaan "teratur"(sihat),
seharusnya seseorang individu itu dapat memastikan pergerakan pembuangan
air besar mereka berlaku antara 2-3 x setiap hari sebaik sahaja
setiap kali setelah makanan diambil. Pembuangan air besar 2-3 x
sehari itu dianggapkan normal dan tidak membebankan.
< Kembali ke atas >
|
| 3. |
Apakah produk-produk yang tersenarai
di bawah rangkaian pembersih dalaman Nona Roguy ? |
| |
Produk-produk yang termasuk dibawah rangkaian pembersih
dalaman Nona Roguy adalah Mustajab Lawas Kencang, Mustajab Lawas
Angin, Mustajab Lawas Segar manakala PhytoCleanse, PhytoCleanse
Plus dan Phytox didatangkan dalam bentuk bio tablet yang baru.
< Kembali ke atas >
|
| 4. |
Adakah rangkaian Mustajab Pembersih
dalaman selamat untuk diamalkan ? |
| |
Ya !, Rangkaian herba Mustajab Pembersih dalaman
Nona Roguy dijamin selamat untuk diamalkan oleh semua orang oleh
kerana kandungan ramuan herba pusaka tradisi keluarga ini telah
lama diamalkan dari generasi ke generasi sejak dari kurun ke 12
lagi. Berbekalkan resepi pembuatannya yang unik hasil rumusan pengabungan
herba-herba asli yang mengandungi pelbagai sumber vitamin, garam
galian dan elemen semulajadi dari khazanah hutan hujan tropika .
Rangkaian herba produk keluaran syarikat kami telah diproses melalui
pengunaan mesin-mesin pemprosesan yang termoden dengan taraf piawaian
dan ketetapan yang telah ditentukan oleh kerajaan. Amalan herbanya
telah terbukti akan keselamatan dan keberkesanan pengamalannya sejak
dari generasi kegenerasi keseluruhannya . rumusannya bebas dari
sebarang bahan pewarna atau pengawet tiruan,dadah dan juga bahan
kimia.
Akan tetapi oleh kerana pengamalan produk herba Nona Roguy juga
kerapkali telah disalahgunakan, maka pihak Konsultan Produk amat
mengesyorkan agar setiap bakal pengamal untuk mendapatkan terlebih
dahulu konsultansi penerangan ataupun membaca pada label produk
dan mengamalkannya dengan dosej yang betul sepertimana yang disyorkan.
Selagi anda mengambilnya seperti yang disyorkan ,anda tidak akan
mengalami sebarang masalah dengan produk berjenama Nona Roguy.
< Kembali ke atas >
|
| 5. |
Bilakah masa yang paling sesuai
untuk memulakan pengamalan produk pembersih dalaman itu ? |
| |
Anda boleh memulakan pengamalan produk ini pada
bila-bila masa sahaja. Bagi mengelakkan dari mengalami ketidakselesaan
dan gangguan semasa waktu bekerja kesan dari kekerapan pengulangan
ke tandas , dinasihatkan mereka yang bekerja dari hari Isnin sehingga
Jumaat , mulakanlah pengambilan pertama herba pada waktu sebelah
petang atau malam hari Jumaat dan Sabtu (sekitar jam 6-12 mlm).
Ini bagi membolehkan anda menyesuaikan diri dengan keseluruhan program
proses pembersihan selama 2 hari pertama itu ketika berada di rumah.
Dikala melalui 2 hari proses pertama pembersihan itu ,anda akan
mendapati peningkatan kekerapan pergerakan pembuangan air besar
dan juga peningkatan jumlah bahan buangan yang berjaya dikeluarkan
. Untuk hari-hari seterusnya,anda akan dapat mengatur sendiri dosej
herba serta jadual masa bila sepatutnya anda mengamalkannya.
< Kembali ke atas >
|
| 6. |
Berapa cepatkah proses pembersihan dalaman
ini mula bertindak ?
|
| |
Kebanyakan penggamal terutamanya yang mengambil
herba dalam bentuk serbuk akan mula merasai gesaan yang kuat untuk
ke tandas 4-6 jam selepas pengambilannya manakala pengamalannya
dalam bentuk tablet pula akan mula merasai gesaan sepenuhnya 8-12
jam kemudian. Walaubagaimanapun kekerapan pengulangan ke tandas
lebih dari 3-4 x sehari berlaku pada semua pengamalnya.
< Kembali ke atas >
|
| 7. |
Apa yang dapat saya harapkan
dengan pengamalan produk pembersih dalaman ? |
| |
Anda akan mendapati pergerakan harian pembuangan
air besar yang lebih teratur dan juga setiap pengeluaran/evakuasi
sisa buangan najis yang lebih lengkap dan puas.
< Kembali ke atas >
|
| 8. |
Apakah kebaikan yang boleh
diterima hasil pengamalan produk herba pembersih dalaman ? |
| |
- Eliminasi /pembuangan air besar harian yang lebih teratur :
2-4 kali sehari.
- Memperbaharui tenaga tubuh
- Penghadaman dan eliminasi yang lebih lancar dan mudah.
- Daya pemikiran yang lebih jelas
- Memperbaiki keadaan tahap kecerdasan mental dan fizikal.
< Kembali ke atas >
|
| 9. |
Bagaimana rangkaian pembersihan
dalaman Nona Roguy membantu memelihara kesihatan keseluruhan tubuh
? |
| |
Ia berupaya membantu memelihara sistem pembuangan
harian air besar dengan lebih teratur, membersih dinding usus dan
menghapuskan pengumpulan toksik dalaman tubuh. Perlu diingatkan
bahawa tubuh badan yang bersih dari segala penimbunan toksik merupkan
langkah pertama pemastian kesihatan tubuh keseluruhannya.
"Kesihatan tubuh yang baik bermula dengan hasil pengakhirannya iaitu
Usus yang sihat!"
< Kembali ke atas >
|
| 10. |
Bolehkah setiap satu dari
herba pembersih dalaman itu diambil secara individu ? |
| |
Ya boleh !. Herba-herba pembersih dalaman itu boleh
diamalkan secara individu oleh kerana setiap satu daripada herba-herba
pembersih dalaman itu menjalankan fungsinya dengan kesan yang tersendiri
. Akan tetapi kami amat mengesyorkan pengamalan herba-herba itu
secara kombinasi/ gabungan terutamanya dalam bentuk serbuk. Ini
adalah pengabungannya dapat membantu mempercepatkan lagi masa dan
proses eliminasi/ pembuangan sisa penimbunan kotoran dan sisa toksik
dari sistem organ usus yang lembab.
< Kembali ke atas >
|
| 11. |
Mengapa tersangat penting
pengesyoran herba pembersih dalaman diambil secara gabungan ? |
| |
Pengambilan herba pembersih dalaman secara gabungan
berupaya menghasilkan kesan yang lebih efektif dimana ia akan dapat
membantu :
- Mempercepatkan proses pembersihan dan detoksifikasi dengan lebih
pantas .
- Menyegerakan proses penyembuhan, penyingkiran punca penyakit
dalaman sistem tubuh sekaligus mengatasi pelbagai masalah.
- Mempermudakan keadaan sel-sel,tisu-tisu dalaman dan luaran tubuh.
- Memperlambatkan proses penuaan.
< Kembali ke atas >
|
| 12. |
Adakah dengan pengambilan
herba pembersih dalaman boleh membuatkan seseorang itu seharian ke
tandas ? |
| |
Jawapannya ialah Ya dan Tidak!. Sebenarnya jumlah
kekerapan pengulangan ke tandas adalah berbeza bagi setiap individu
itu bergantung kepada faktor berat tubuh setiap individu dan dosej
/ sukatan pengambilan herba.
Bagi sesetengah pengamal berkemungkinan besar selama beberapa hari
yang pertama pengamalan herba akan mengalami kekerapan pembuangan
air besar antara 3-5 kali sehari manakala sesetengahnya pula sehingga
6-8 kali sehari.
Corak pembuangan harian air besar setiap individu adalah berbeza
di antara satu sama lain, sesetengah individu mungkin mengalami
sembelit jenis berat atau istilah perubatan "kompaksi" dimana berkemungkinan
tidak berupaya untuk mengadakan pembuangan air besar sehingga memasuki
hari kedua dan seterusnya. Diet pemakanan seharian yang diambil
serta tahap penimbunan impaksi najis dalam usus mereka juga memainkan
peranan dalam menentukan bilangan pergerakan pembuangan yang bakal
dialami oleh setiap individu itu.
Walaubagaimanapun ,tidak perlu dikuatirkan oleh kerana kekerapan
pengulangan ke tandas ini hanya akan berlaku untuk beberapa hari
pertama sahaja permulaan pengamalan pembersih dalaman. Ia akan kembali
pulih seperti sediakala / normal selepas selesai melengkapkan program
pembersihan asas 2 minggu pertama.
< Kembali ke atas >
|
| 13. |
Apakah perbezaan antara herba
berbentuk serbuk dan tablet ? |
| |
Sebenarnya, tidak terdapat perbezaan ketara di
antara kedua bentuk herba oleh kerana kedua-duanya akan memberikan
khasiat kebaikan yang sama. Yang membezakan kedua-dua bentuk herba
itu hanyalah jumlah penyerapan dan penyebaran dimana herba bentuk
serbuk adalah lebih cepat disebarkan iaitu antara 4-6 jam selepas
diambil dan cepat menghasilkan tindakan pembersihannya berbanding
bentuk tablet iaitu 8-12 jam. Herba dalam bentuk serbuk juga turut
boleh digunakan bagi membuat pes herba untuk kegunaan pelbagai perawatan
luaran tubuh.
< Kembali ke atas >
|
| 14. |
Bagaimanakah pengesyoran cara
pengamalan herba yang betul ? |
| |
Aturan pengesyoran pengamalan herba pembersih dalaman
bergantung kepada corak pembuangan harian air besar, umur dan tahap
kesihatan setiap individu sebagai contoh :
Bagi individu yang mempunyai pembuangan air besar jenis sensitif
:
Disyorkan pada 2-3 hari pertama mereka memulakan pengambilan harian
3-4 mug minuman Akar Herbanika di ikuti dengan penambahan
½ - 1 skop Mustajab Lawas Angin.
Keesokannya pula amalkan : ½-1 skop Mustajab Lawas Segar.
Andaikata memilih dalam bentuk tablet : amalkan 1-2 tablet Phyto
Cleanse .
Herba di atas perlulah diamalkan bersama 1 mug minuman Akar Herbanika
.
Bagi individu yang mempunyai pembuangan air
besar jenis normal :
Mereka bolehlah mengabungkan samada 1-2 skop Mustajab Lawas Kencang
+ 1-2 skop Mustajab Lawas Angin atau kombinasi 1-2 skop Mustajab
Lawas Segar + 1-2 skop Mustajab Lawas Angin (boleh diamalkan
secara selang sehari). Sekiranya mereka lebih menyukai bentuk tablet
maka amalkanlah 1-2 tablet PhytoCleanse atau 2 tablet Phytox
ataupun mengabungkan 1-2 tablet PhytoCleanse dengan 1-2 tablet
Phytox. Penerusan pengamalan 3-4 mug minuman Akar Herbanika
setiap hari adalah amat disyorkan.
Bagi individu yang mempunyai pembuangan jenis
sembelit (berat) :
Teramat disarankan pengamalan gabungan 1-3 skop Mustajab Lawas
Kencang + 2-3 skop Mustajab Lawas Lawas Angin diselang
selikan keesokan hari dengan 2 skop Mustajab Lawas Segar
+ 2 skop Mustajab Lawas Angin. Gabungan ini haruslah diamalkan
selama 3 hari berturut-turut diikuti dengan 1 hari berehat tanpa
pengambilan herba pada hari ke keempat. Pada 3 hari berikutnya,
ulangi semula aturan yang sama seperti di atas. Keseluruhan program
pembersihan seharusnya di teruskan selama 14 hari atau 1 bulan.
Jika sekiranya mereka menyukai pengambilan dalam bentuk tablet pula
:- pada 3 hari pertama amalan kombinasi 3-4 tablet PhytoCleanse
Plus + 3-4 tablet Phytox adalah sangat disyorkan di ikuti
1 hari berehat disusuli 3 hari kemudiannya 2-3 tablet PhytoCleanse
Plus + 2 tablet Phytox.
Dosej atau sukatan yang diberikan di atas hanyalah sebagai cadangan
, anda bolehlah menaikkannya sehingga 5-6 tablet ataupun mengurangkan
kepada 2 tablet setiap hari bergantung kepada kehendak dan keselesaan
setiap individu. Penerusan minuman pati pekatan Akar Herbanika
sebanyak 4-6 mug setiap hari adalah teramat disyorkan terutamanya
bagi mereka yang mengalami sembelit/kompaksi yang kuat/berat (disediakan
dengan merebuskan 4-5 uncang Akar Herbanika bersama 1 liter air).
< Kembali ke atas >
|
| 15. |
Berapa cepatkah kesan kebaikan
dapat dirasakan setelah memulakan pengamalan herba tersebut ? |
| |
Sesetengah individu dapat merasai kesan positif
proses pembersihan dalaman dalam jangkamasa yang singkat sahaja
diantara 3-4 hari setelah memulakan pengamalan herba manakala sesetengah
individu pula berkemungkinan akan merasai perbezaannya hanya selepas
1-2 minggu kemudiannya. Bagi individu pengamal yang mengalami masalah
kesihatan atau penyakit yang serius pula , mereka mungkin akan hanya
merasai kesan sepenuhnya khasiat pengamalannya di antara 1-3 bulan
kemudian .
Maklumbalas terhadap pengamalan rangkaian herba pembersihan dalaman
berbeza dari satu individu kepada individu yang lain. Sekiranya
terdapat sebarang kemusykilan, sila hubungi kembali konsultan herba
kami di talian 012-3220566 atau boleh menghantar email kepada
info[@]nr2u.com
< Kembali ke atas >
|
| 16. |
Berapa lamakah seseorang individu
itu perlu meneruskan pengambilan herba pembersih dalaman ? |
| |
Sekiranya anda suka dan berasa selesa maka anda
bolehlah meneruskan pengamalan produk herba pembersih dalaman pada
setiap hari. Ini adalah kerana produk herba pembersih dalaman Nona
Roguy telah terbukti selamat diteruskan pengamalannya sebagai makanan
sampingan kesihatan tambahan yang membantu mengalak dan menjaga
kestabilan kesihatan tubuh tanpa memberikan sebarang kesan sampingan
yang memudaratkan.
Bagi tujuan penyembuhan dan pemeliharaan kesihatan tertakluk kepada
masalah yang dihadapi oleh setiap pengamal, terlebih dahulu mulakan
program awalan herba pembersihan dalaman selama 2 minggu diikuti
kemudiannya program rawatan intensif penjagaan kesihatan untuk jangkamasa
yang akan disyorkan oleh pihak konsultan.
< Kembali ke atas >
|
| 17. |
Bolehkah turut mengambil supplemen
lain semasa mengamalkan produk herba pembersih dalaman ? |
| |
Sekiranya anda ingin mengambil sebarang supplemen
atau makanan tambahan lain, sila pastikan ianya diamalkan 1–2 jam
sebelum atau selepas pengambilan herba pembersih dalaman. Setelah
sistem gastro usus anda selesai melalui proses pembersihan, tubuh
anda akan lebih berupaya melakukan penyerapan supplemen dan nutrisi
dari bahan makanan secara lebih efektif.
< Kembali ke atas >
|
| 18. |
Bolehkah kanak-kanak dan bayi
mengamalkan herba Pembersih Dalaman ? |
| |
Ya boleh !. Kaum remaja, kanak-kanak dan bayi (usia
6 bulan ke atas) juga boleh mengamalkan herba pembersih dalaman
Nona Roguy dengan selamatnya mengikut dosej atau sukatan yang disyorkan.
Remaja dan kanak-kanak dari usia 7-12 tahun disyorkan mengambil
herba mengikut corak pembuangan harian air besar mereka. Teramat
disyorkan untuk mendapatkan khidmat nasihat / konsultansi berkaitan
dosej yang betul terlebih dahulu.
Bagi amalan bayi dan kanak-kanak usia 6 tahun ke bawah, kami amat
mengesyorkan pengurangan dosej herba mengikut berat badan dan keperluan
mereka. Buat permulaannya kepada kanak-kanak terutamanya untuk bayi,
anda boleh memperkenalkan:- ¼-1/2 botol minuman Akar Herbanika
1 kali setiap hari. Untuk menjamin keselamatan, kami amat mengesyorkan
agar anda terlebih dahulu mendapatkan khidmat nasihat dari pihak
konsultan sebelum memulakan pengambilan sebarang jenis herba bagi
kanak-kanak di bawah usia 7 tahun.
< Kembali ke atas >
|
| 19. |
Apakah kebaikan yang boleh
diperolehi hasil minuman Akar Herbanika ? |
| |
Akar Herbanika merupakan minuman herba kesihatan
harian bercirikan Anti Oksidan yakni Anti Keracunan darah untuk
amalan seisi keluarga. Disediakan secara istimewa hasil rumusan
pemilihan akar herba dan rempah ratus terpilih. Ia adalah minuman
herba pelengkap kepada program proses pembersihan dalaman tubuh.
Menjalankan proses penyucian secara lembut terhadap usus.
Pengambilannya setiap hari dapat membantu menambahkan tenaga tubuh
dengan cara membersih darah, menambah kecantikkan kulit, memperbaiki
fungsi pelbagai organ dalaman seperti buah pinggang, pundi kencing,
hati, sistem pernafasan dan sistem organ reproduktif / pembiakan
kaum wanita dan lelaki.
< Kembali ke atas >
|
| 20. |
Adakah pengamalan herba Nona
Roguy terutamanya rangkaian pembersih dalaman (Mustajab Lawas Kencang,
Lawas Segar, Lawas Angin, PhytoCleanse, PhytoCleanse Plus dan Phytox)
untuk satu jangkamasa yang panjang boleh menjuruskan kepada permasalahan
penipisan atau perlubangan lapisan dinding perut dan usus ? |
| |
Tidak !. Ini adalah kerana formulasi produk herba
Nona Roguy tidak mengandungi sebarang kandungan bahan bersifat asidik
atau merbahaya di dalam resepi pembuatannya yang boleh mengundang
kemudaratan sekiranya herba–herba itu diamalkan mengikut dosej harian
seperti yang disyorkan oleh konsultan kami yang terlatih.
Ramuan utama produk herba Nona Roguy mengandungi gabungan rempah
ratus dan herba yang turut sama menjadi makanan harian kita. Ianya
kemudiannya diformulasikan secara unik menjadi herba dengan khasiat
penawar bertindak sebagai makanan tambahan kesihatan yang selamat
untuk diamalkan oleh semua individu.
< Kembali ke atas >
|
| 21. |
Apakah benar pengamalan Mustajab
Lawas Segar boleh meningkat/menambahkan lagi selera makan seseorang
itu ? |
| |
Tidak benar!, Pertama sekali perlulah difahami
fungsi utama Mustajab Lawas Segar:- dimana ia berfungsi membantu
proses pembersihan dan penyegaran kembali tisu dalaman dan luaran
tubuh dengan cara mengantikan sel dan tisu lama dengan yang baru.
Pengamalan Mustajab Lawas Segar berupaya membantu memperlambatkan
proses penuaaan.
Bagi sesetengah pengamal baru sebaik sahaja memulakan pengamalan
Mustajab Lawas Segar mungkin akan berasa lebih lapar dan selera
mereka juga mungkin bertambah dari hari biasa yang menyebabkan mereka
menyalahanggapkan kesan perubahan ini sebagai punca peningkatan
nafsu makan dan dengan cepat mengisi perut mereka dengan "makanan".
Pada hakikatnya sebaik memulakan pengamalan herba Lawas Segar peningkatan
rasa lapar atau lebih berselera itu merupakan sebahagian dari kesan
"proses pemulihan atau penyembuhan sistem organ dalaman tubuh" yang
telah berjaya mengesan kekurangan sumber nutrisi dalaman tubuh dan
bukannya bahan makanan yang perlu segera ditambah. Anda tidak perlu
kuatir oleh kerana peningkatan selera makan itu hanya akan berlaku
buat sementara waktu sahaja antara 7-14 hari dimana ia akan kembali
kepada situasi normalnya.
Semasa melalui krisis penyembuhan, sila pastikan pengambilan diet
harian anda bersesuaian mengikut keperluan tubuh anda.
Bagi individu yang ingin menurunkan berat badan:-
Elak / kurangkan pengambilan makanan yang terlalu berlemak, berkanji
dan manis.
Bagi individu yang ingin menaikkan berat badan:-
Cuba minum Resepi Susu Badam (1 gelas susu yang dikisar bersama
1-2 sudu teh serbuk kacang badan, 1 sudu teh madu lebah dan 1 biji
kuning telur ayam sehingga menjadi seperti milkshakes) dan juga
pengambilan diet jenis berkhasiat yang lain.
Bagi individu yang ingin mengawasi /memastikan kesihatan:-
Ikutilah diet yang seimbang tanpa pengambilan secara keterlaluan
makanan jenis berlemak sehinggalah melewati krisis penyembuhan itu.
< Kembali ke atas >
|
| 22. |
Mengapa kadangkala sebaik
memulakan pengamalan rangkaian pembersihan dalaman, pengamal mengalami
kekerapan pengulangan pembuangan air besar seolah-olah cirit-
birit ? |
| |
Herba pembersihan dalaman Nona Roguy adalah tersangat
unik dimana proses purifikasi dan pembersihannya akan terus berlaku
selagi mana sisa toksik dapat dikesan dalaman sistem tubuh. Penghasilan
keluaran sisa najis yang dikeluarkan berbentuk cair secara lebih
kerap, lazimnya yang disamakan seperti dalam kes cirit birit / diarea
itu sebenarnya merupakan eliminasi pemelekatan lapisan bertoksik,
kotoran degil dan lemak disepanjang celahan dan lipatan saluran
penghadaman kita.
Menurut pendapat pakar perubatan dalam bahagian gastro usus, ‘pergerakan
organ usus sebanyak 5 kali sehari’ merupakan salah satu kaedah terbaik
bagi memastikan pengeluaran sisa buangan dan keracunan dalaman dan
adalah cara terbaik bagi membantu memastikan pemeliharaan kesihatan
usus dan tubuh.
Bagi membantu mencegah dan memulihkan dari mengalami masalah dihidrasi
semasa melalui proses pembersihan, selain minuman harian Akar
Herbanika, anda turut dinasihatkan agar memperbanyakkan untuk
minum air suling dan jus buah-buahan.
< Kembali ke atas >
|
| 23. |
Apakah pengamalan produk herba
pembersih dalaman boleh menimbulkan masalah dehidrasi/kehilangan air
dalam tubuh ? |
| |
Ya !. Hampir kesemua produk pembersihan yang terdapat
dipasaran boleh mengakibatkan dehidrasi ,walaubagaimanapun pengamalan
produk pembersih dalaman Nona Roguy tidak akan menimbulkan masalah
dehidrasi / kehilangan air yang serius/kuat kepada pengamalnya sekiranya
anda mengambil jenis herba berserta dosej yang bersesuaian dengan
sistem pembuangan harian air besar anda sendiri .
Untuk mencegah dari mengalami dehidrasi ,anda juga perlulah memastikan
pengambilan sekurang-kurangnya setengah galon atau lebih kurang
6-8 gelas "air bersih (distil @ air suling)" di samping minuman
Akar Herbanika, jus buah-buahan walaupun pada hari anda tidak melakukan
pembersihan. Perlu diingatkan bahawa minuman seperti minuman ringan,
bergas, kopi dan teh tidak dikira sebagai minuman.
< Kembali ke atas >
|
| 24. |
Sekiranya pembuangan harian
air besar seseorang itu berlaku setiap hari/normal, apakah masih perlu
bagi mereka mengambil Mustajab Lawas Kencang atau PhytoCleanse Plus
? |
| |
Mereka boleh dikecualikan dari pengambilan kedua-dua
herba di atas sekiranya:-
- Berupaya untuk mengadakan pergerakan pembuangan harian air besar
setiap hari secara teratur dan terasa puas dengan setiap pembuangan.
- Telah berjaya mengatasi masalah sembelit.
Akan tetapi , bagi membantu memastikan proses pembersihan bahagian
sistem usus kecil dan besar berlaku secara optimum teramat disyorkan
bagi setiap individu untuk meneruskan pengambilan sekurang-kurangnya
1-2 kali setiap minggu Mustajab Lawas Kencang atau PhytoCleanse
Plus bergantung kepada jenis perawatan yang diikuti.
Pengambilannya juga boleh membantu memantapkan tubuh dan menurunkan
berat badan terutama bagi individu yang mengalami masalah obes.
< Kembali ke atas >
|
| 25. |
Adakah mungkin berlaku sebarang
kesan sampingan selepas pengambilan produk pembersih dalaman ? |
| |
Pertama sekali ,kita tidak menganggapkannya sebagai
kesan sampingan akan tetapi sebagai ‘proses penyembuhan atau pemulihan
’. Produk pembersih dalaman Nona Roguy kebiasaannya tidak menghasilkan
sebarang simptom ketidakselesaan melampau kesan proses penyembuhan
pada hampir kesemua para pengamal produk herba ini melainkan kekerapan
pengulangan ketandas untuk mengadakan pembuangan air besar.
Walaubagaimanapun dalam usaha mengeluarkan keracunan dan parasit
yang mungkin terdapat dalam sistem tubuh , untuk jangkamasa antara
2-3 hari pertama setelah memulakan pengamalan herba semasa melalui
proses pembersihan itu , sesetengah individu berkemungkinan akan
berasa letih, rasa mengantuk , kembung perut, pening / berat kepala,
kekejangan ringan bahagian otot, iritasi dan kemerahan pada sebahagian
kulit dsbnya. Sekiranya ini berlaku, anda tidak perlu merasa kuatir
oleh kerana selepas melalui proses pemulihan dalam jangka masa yang
singkat itu, anda akan berasa lebih sihat dan bertenaga dari sebelumnya.
< Kembali ke atas >
|
| 26. |
Mengapakah tidak disyorkan
pengambilan herba Phytox semasa memulakan program proses Pembersihan
? |
| |
Sekiranya pada peringkat awalan proses pembersihan
anda mengamalkan terus herba Phytox (herba pembersih rapi dalaman),
besar kemungkinan anda akan mengalami ketidakselesaan kesan proses
pembongkaran yang lebih ketara dari tahap yang ringan hinggalah
ketahap sederhana.
Pengamalan rangkaian herba pembersih dalaman terlebih dahulu sepertimana
yang disyor atau dinasihatkan oleh para perunding kesihatan syarikat
akan dapat membuka ruang yang lebih mudah / lancar bagi herba pembersih
dalaman rapi (Phytox) menjalankan fungsinya tanpa perlu menempuhi
proses penyembuhan dan pembongkaran yang terlalu ketara . Sekranya
ia timbul maka ia hanya berlaku secara berperingkat dan tidak berturutan.
< Kembali ke atas >
|
| 27. |
Apakah benar dakwaan sesetengah
orang yang mengatakan produk Nona Roguy hanya dikhususkan untuk amalan
wanita berkahwin sahaja ? |
| |
Tidak benar !, Rangkaian produk Nona Roguy bukan
sahaja hanya dikhaskan untuk amalan wanita yang sudah berkahwin
sahaja malah ia turut boleh dan teramat disyorkan sebagai salah
satu sumber makanan kesihatan tambahan harian yang selamat untuk
amalan kaum lelaki , wanita pada sebarang usia, golongan tua, remaja,
kanak-kanak dan juga bayi.
Secara umumnya hampir kesemua produk Nona Roguy kecuali Madu
Nona Harmonis adalah selamat untuk diamalkan oleh semua individu
tanpa mengira samada mereka berpenyakit atau mengalami gangguan
kesihatan ataupun yang ingin mengamalkannya bagi tujuan penjagaan
kesihatan tubuh. Yang penting ialah pemastian pengesyoran dosej
/ sukatan herba akan diberikan mengikut umur, keperluan dan masalah
setiap individu.
< Kembali ke atas >
|
| 28. |
Bolehkah saya turut mengambil
perubatan moden semasa mengamalkan herba Nona Roguy ? |
| |
Boleh !. Semasa mengamalkan Herba Nona Roguy, anda
juga boleh meneruskan pengambilan sebarang ubat-ubatan hospital.
Setakat ini kami tidak menerima sebarang lapuran kurang baik hasil
interaksi / tindakbalas pengambilan ubatan hospital bersama herba
Nona Roguy. Anda juga boleh turut mengambil vitamin, Jeli Raja,
Madu Lebah, semasa menjalani rawatan hospital seperti Kimoterapi,
Radium selepas pembedahan, D & C atau rawatan erosi servikal
(kauterisesi / pembinasaan tisu) . Anda hanya dinasihatkan agar
mengambil sebarang medikasi perubatan dari hospital 1-2 jam lebih
awal sebelum mengamalkan herba Nona Roguy.
Bagi pesakit yang sedang atau telah menjalani rawatan Kimoterapi
atau Radium / radioterapi, teramat disyorkan mereka mengamalkan
setiap hari minuman 3-4 mug Akar Herbanika bagi membantu
mengurangkan kesan sampingan yang mungkin dihadapi selepas melalui
kedua-dua rawatan itu. Keberkesanannya telah dibuktikan.
< Kembali ke atas >
|
| 29. |
Bolehkah turut diambil serentak
ubatan atau jamu tradisional lain yang terdapat di pasaran bersama
herba Nona Roguy ? |
| |
Tidak boleh !, Anda ditegah dan tidak disyorkan
sama sekali untuk cuba mengabungkan secara serentak pengambilan
herba Nona Roguy bersama sebarang preparasi / persediaan jamu tradisional
lain kerana dikuatiri berkemungkinan boleh mengakibatkan penimbulan
percanggahan dosej atau pengambilan kuantiti herba secara keterlaluan.
Ini boleh menimbulkan kesan negatif yang boleh menimbulkan ketidakselesaan
serta mengundang kemudaratan kepada tubuh si pengamal.
< Kembali ke atas >
|
| 30. |
Semasa mengamalkan produk Nona Roguy,
perlukah dihenti atau menghadkan pengambilan sesetengah jenis makanan
dan minuman ?
|
| |
Tidak perlu sekiranya anda tidak mengalami sebarang
masalah kesihatan. Akan tetapi sekiranya anda sedang mengalami masalah
penyakit dan sedang mengikuti program perawatan penyembuhan maka
tersangat penting untuk anda mengikuti dan mematuhi semua garis
panduan diet berupa nasihat dan pantang larang pengambilan sesetengah
jenis makanan dan minuman sepertimana yang disyorkan. Ini bagi memastikan
jangkamasa proses penyembuhan dapat berlaku pada kadar waktu yang
lebih cepat.
Limitasi pengambilan sesetengah jenis makanan dan minuman itu boleh
dikurangkan atau dihentikan sebaik sahaja mendapat pengesahan dari
pihak doktor yang anda telah sembuh dari masalah /penyakit yang
dihadapi. Walau bagaimanapun teramat dinasihatkan agar setiap individu
yang ingin memastikan pemeliharaan kesihatan tubuh mereka untuk
terus mengamalkan diet yang seimbang dan mengambil makanan dalam
skala yang sederhana pada setiap masa.
< Kembali ke atas >
|
| 31. |
Bolehkah wanita hamil mengamalkan
herba Nona Roguy ? |
| |
Ya boleh! Wanita sedang hamil juga boleh dan selamat
untuk mengamalkan rangkaian herba pembersih dalaman Nona Roguy asalkan
ia diambil mengikut dosej dan aturan cara pengamalan sepertimana
yang disyorkan.
Bagi tujuan pemeliharaan kesihatan ibu dan janin sepanjang tempoh
kehamilan:-
Adalah disyorkan ibu hamil mengamalkan minuman Akar Herbanika
1 cawan 2-3 kali setiap hari bagi membantu memastikan kebersihan
dalaman sistem tubuh dan menguatkan darah, hati, buah pinggang,
rahim dan pundi kencing ibu hamil. Ia juga dapat membantu memelihara
kesihatan bayi dalam kandungan serta memastikan proses kelahiran
bayi dengan lebih bertenaga dan mudah.
Formulasi herba yang dinasihatkan untuk amalan ibu hamil sebanyak
2-3 kali seminggu atau secara selang sehari adalah:
Selain dari pengamalan minuman kesihatan harian Akar Herbanika,
turut disyorkan pengamalan:- ½ -1 skop serbuk Mustajab Lawas
Angin + ½-1 skop Mustajab Lawas Segar yang boleh diambil
secara individu atau secara gabungan (sekiranya anda lebih mengemari
pengambilan dalam bentuk tablet maka amalkanlah 1-2 tablet PhytoCleanse
.
Bagi ibu hamil yang mengalami masalah sembelit:-
Selain dari pengamalan minuman kesihatan harian Akar Herbanika,
turut disyorkan penambahan pengambilan secara selang sehari :- ½-1
skop Mustajab Lawas Kencang atau 2 tablet PhytoCleanse
Plus.
Nota:- Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi
dan berkonsultasi dengan perunding kesihatan kami melalui telefon,
emel atau datang ke outlet kami.
< Kembali ke atas >
|
| 32. |
Apakah perbezaan diantara
Minyak Berubat Mustajab dan Minyak Herbanika ? |
| |
Minyak Berubat Mustajab merupakan minyak
sapuan harian serbaguna untuk kegunaan seisi keluarga. Mengandungi
estrak Minyak kelapa Hijau, Kayu Putih ,Serai dan Sireh. Minyak
sapuan ini terkenal dengan khasiat pelembap, antiseptik, depuratif
dan astrigen. Berkesan sebagai sapuan penjagaan kesihatan harian
dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki yang boleh digunakan
bagi mereka yang sihat atau berpenyakit.
Antara khasiat pengunaannya membantu memelihara kesihatan sulit
wanita selepas bersama,semasa dan selepas haid dan juga semasa kehamilan,
melegakan masalah pengembungan dan sakit perut, batuk berterusan,
sinusitis sederhana, sakit kepala, sakit telinga, sakit gigi dan
gusi, rasa kebas, pembengkakan ringan tulang penyambung, sakit otot,
kekejangan perut, kabur penglihatan, terseliuh, melecur, luka dan
lebam, mengurangkan masalah kelemumur, penguguran rambut dan memperbaiki
keadaan yang lebih sihat untuk pertumbuhan rambut.
Penuangan Minyak Berubat Mustajab ke atas tuala wanita sepanjang
kedatangan darah haid akan membantu menyegar dan memperlancarkan
aliran darah haid. Pengunaannya juga dapat membantu melegakan iritasi
bahagian sulit kesan lelehan sulit semasa hamil. Bagi kaum lelaki
pula , amalan pengunaannya sebagai minyak sapuan dan urutan harian
berupaya membantu mengembalikan kekuatan tenaga kelakian.
Minyak Herbanika pula merupakan minyak sapuan bersifat perubatan
rapi juga berkhasiat pelembab, emolien, antiseptik depuratif dan
karminatif. Lebih banyak digunakan dalam rawatan penyembuhan masalah
penyakit jenis yang berat. Digunakan dengan berkesan dari bahagian
kepala sehinggalah ke hujung kaki bagi membantu memperbaiki aliran
/ sirkulasi darah, mempercepatkan penyembuhan hasil pembedahan seperti
pembedahan kelahiran / ceasarian dan luka episiotomi dengan sapuan
secukupnya di bahagian sekitar perut, belakang, kawasan pelvis dan
alat sulit selepas kelahiran. Merupakan minyak sapuan anti stres
bagi ibu-ibu selepas bersalin. Ia juga membantu melegakan masalah
vena varikos (pengembangan dan penimbulan urat saraf), kekejangan
otot, mengurang dan meredakan masalah pembengkakan tulang penyambung
yang berat dan mengurangkan tanda perengangan kulit.
Pengunaan harian semasa menjalani rawatan pantang bersalin akan
membantu mengejabkan dan memperbaiki kembali tona otot tubuh yang
menggeleber dan payudara yang kendur. Untuk perehatan yang sepenuhnya
bagi meredakan kekejangan otot tubuh dan menghilangkan stres / tekanan,
sapu dan urutlah ke seluruhan tubuh bermula dari hujung rambut sehingga
kehujung kaki dengan Minyak Herbanika dan Minyak Zaitun yang
dipanas suamkan.
< Kembali ke atas >
|
| 33. |
Apakah perbezaan di antara
Herbanika Uncang Cuci dan Barra Herba Gel ? |
| |
Herbanika Uncang Cuci merupakan formulasi
herba pembersih luaran penjagaan peribadi harian atau 3 kali seminggu
bercirikan antiseptik dan astrigen bagi kegunaan lelaki dan wanita.
Didatangkan dalam bentuk paket uncang yang perlu direbus atau direndam
dalam air panas mendidih bagi mendapatkan kesan yang lebih baik.
Ia merupakan agen pembersihan yang efektif apabila digunakan sebagai
pembersih bahagian sulit wanita semasa dalam tempoh berpantang dan
semasa kedatangan darah haid.
Ia juga sesuai dibuat sebagai rendaman, cebukan, stimwap, mandian
rendaman dan tuaman bagi meredakan kesakitan otot dan pembengkakan.
Mujarab bagi masalah lelehan sulit, buasir, resdung, infeksi kulat
dan irritasi kulit yang kronik.
Barra Herba Gel mengandungi estrak daun sireh sebagai kandungan
utamanya merupakan gel pembersihan aromaterapi untuk kegunaan harian
seisi keluarga. Bercirikan antiseptik dan astrigen, ia mudah digunakan
dengan hanya penuangan terus dari botol sebagai penyegar harian
pembersih kewanitaan semasa dan selepas haid, semasa hamil dan selepas
melahirkan. Ia juga membantu mereda dan mengatasi masalah iritasi
kulit dan infeksi kulat lelaki, wanita ,kanak-kanak dan bayi.
Sebagai syampo tubuh, ia membantu menghilangkan bau badan dan bertindak
sebagai skrab kulit kepala untuk mengatasi masalah kelimumur, kegatalan
kulit kepala dan mengurangkan keguguran rambut. 1-2 titik gel Barra
membantu pembersihan harian lazim bahagian muka bagi mereda dan
mengatasi masalah kulit dan sinusitis. Setelah sembuh lakukan ia
seminggu sekali.
< Kembali ke atas >
|
| 34. |
Telah banyak yang saya dengar
tentang produk herba pelembap dan penyegar dalaman, bolehkah diberikan
penerangan apakah dia itu dan kegunaannya ? |
| |
Produk pelembap dan penyegar dalaman kami yang
terkenal terdiri dari Madu Tenaga Segar dan Madu Nona
Harmonis. Formulasi turun temurun sejak berabad warisan Nona
Roguy ini terkenal sebagai penyegar dan pelembap sistem organ dalaman
yang membantu kesihatan am tubuh.>
Madu Tenaga Segar:- Merupakan pes herba gabungan madu lebah
asli dan herba terdiri dari Jintan Hitam dan rempah ratus terpilih.
Ia adalah makanan kesihatan tambahan yang terbaik untuk amalan seiisi
keluarga. Antara khasiat pengamalannya ialah membantu memperkuat
dan mempertahankan sistem immun, membantu melega dan mengatasi masalah
kahak berlebihan, batuk berpanjangan, kesesakan bernafas berkaitan
dengan asma @ lelah, infeksi bronkial/paru-paru sederhana, kekejangan
haid, aliran haid yang sedikit, rendah kiraan sperma, lemah nafsu
syahwat, letih dan kurang darah. Pengamalan harian Madu Tenaga Segar
akan membantu menambahkan tenaga kelakian dan kewanitaan.
Madu Nona Harmonis:- Formulasi 1001 malam pes herba khusus
untuk amalan wanita berkahwin atau usia 35 tahun keatas yang diakui
bermutu tinggi serta berkhasiat membantu menambah @ memperbaharui
tenaga dan daya rangsangan seksual. Terbukti berkesan membantu menyuburkan
kembali fungsi sistem reproduktif wanita, menguatkan rahim , membentuk
otot faraj yang lebih kejab,mengimbangi masalah ketidakseimbangan
hormon dan terkenal berkhasiat dalam pengurusan masalah pra dan
pos menopos.
< Kembali ke atas >
|
| 35. |
Bagaimanakah cara pengambilannya
Herba Pelembab Dalaman Madu Tenaga Segar dan Madu Nona Harmonis ? |
| |
Dosej/sukatan Madu Tenaga Segar untuk pemeliharaan
kesihatan:-
- Dewasa (wanita dan lelaki)-sebelum sarapan ½ -1 sudu teh 3 x
seminggu.
- Kanak-kanak- sebelum atau selepas sarapan ¼- ½ sudu teh 3 x
seminggu.
Dosej/sukatan bagi mereka yang mengalami masalah
kesihatan:
- Dewasa (wanita dan lelaki)-setiap hari sebelum sarapan-1 sudu
teh diamalkan bersama minuman Akar Herbanika.
- Kanak-kanak-setiap hari sebelum atau selepas sarapan - 1/2 sudu
teh diambil bersama air suam panas.
- Bayi 3 bulan keatas- 2-3x seminggu: ¼ sudu teh dicairkan dengan
air suam panas .
Bagi wanita yang mengalami masalah senggugut - amalkan
Madu Tenaga Segar bersama Akar Herbanika yang direbus
bersama hirisan halia tua dan ditambahkan dengan Madu Lebah bagi
menguatkannya.
Peringatan !
Bagi mereka yang mengalami masalah darah tinggi dan kencing manis,sila
dapatkan khidmat nasihat dari perunding kesihatan Nona Roguy sebelum
mengambil Madu Tenaga Segar untuk dosej / sukatan yang betul.
Dosej/sukatan Madu Nona Harmonis untuk tujuan pemeliharaan kesihatan
wanita:-
- Sebelum sarapan ½ -1 sudu teh 3 x seminggu.
Dosej/sukatan bagi wanita yang mengalami masalah
ketidakseimbangan hormon:
- 1 sudu teh boleh diambil 1 atau 2 x sehari sebelum sarapan dan
sebelum makan malam bergantung kepada tahap masalah yang dihadapi
.
- Madu Nona Harmonis tidak disyor untuk diamalkan oleh
wanita semasa 5 hari pertama ketika kedatangan haid dan semasa
sedang hamil kecuali disarankan oleh perunding kesihatan Nona
Roguy.
Peringatan !- Bagi wanita yang mengalami masalah
darah tinggi , kencing manis dan masalah penyakit puan yang serius,
sila dapatkan terlebih dahulu khidmat nasihat dari perunding kesihatan
Nona Roguy sebelum mengambil Madu Nona Harmonis untuk dosej
/ sukatan yang betul.
< Kembali ke atas >
|
| 36. |
Adakah terdapat sebarang produk
khas untuk amalan wanita selepas melahirkan ? |
| |
Ya ada ! Diikenali sebagai Rangakaian
Herbanika Bersalin dirumus khas bagi penjagaan kesihatan dan
penjagaan kecantikan ibu semasa menjalani tempoh berpantang selepas
bersalin . Ia terdiri dari tablet Mustajab PhytoNatal, Akar Herbanika
(kedua-duanya diambil secara oral), Uncang Cuci Herbanika, Herbanika
Lulur, Herbanika Barut dan Minyak Herbanika (kegunaan
luaran).
Antara khasiat Pengamalan harian tablet PhytoNatal dan minuman
Akar Herbanika :- dapat membantu mengeluardan membersihkan
penimbunan kotoran bertoksik, darah beku, air berlebihan, lemak,dan
kotoran hasilan air kencing. Ia juga membantu menguat dan mempercepatkan
proses pengecutan rahim dengan mengaktifkan hormon yang mengimbangi
sistem tubuh dan mempertingkatkan kuantiti dan kualiti penghasilan
susu ibu.
Telah diakui melalui pengamalan tablet PhytoNatal Nona Roguy dapat
membantu memelihara kesihatan ibu dengan mencegah dan mengatasi
masalah depressi (kemurungan perasaan ibu selepas bersalin), tekanan
dan lemah.
Rangkaian produk penjagaan luaran kesihatan dan kecantikan Herbanika
pula berupaya membantu melega masalah sejuk-sejuk, kebas, mengurangkan
pengeleberan dan memperkecilkan kesan jaluran perengangan, pigmentasi
mengejab, menyegarkan kembali payudara, otot tubuh dan mengalakkkan
kelangsingan tubuh yang lebih berbentuk.
< Kembali ke atas >
|
| 37. |
Bagaimana cara untuk mengamal
dan mengunakan produk Herbanika bersalin dengan betul semasa dalam
tempoh berpantang ? |
| |
Amalan Minggu Pertama -
Minum 3-5 mug Akar Herbanika setiap hari. Anda boleh melakukan
penyediaan ini dengan cara merebuskan 5 paket uncang Akar Herbanika
bersama 1 liter air.Tuangkan kedalam flask atau termos untuk mengekalkan
kepanasannya. Tambahkan 1 sudu teh madu lebah asli setiap kali hendak
minum. Minum suam panas.
Amalan PhytoNatal sepanjang tempoh berpantang -
Bagi pergerakan pembuangan harian air besar jenis normal:-
Amalkan 2-3 tablet Phyto Natal 1 x sehari bermula hari ke
4 atau seminggu selepas melahirkan dan diteruskan pengambilannya
sehingga hari ke 30 atau 100 hari. Amalkannya bersama minuman Akar
Herbanika.
Bagi pergerakan pembuangan harian air besar jenis sensitif:-
Amalkan 1-2 tablet Phyto Natal 1 x sehari atau secara selang
sehari bermula hari ke 4 atau seminngu selepas melahirkan dan diteruskan
sehingga hari ke 30 atau 100 hari. Amalkannya bersama minuman Akar
Herbanika.
Bagi pergerakan pembuangan harian air besar jenis sembelit:-
Amalkan 5-10 tablet Phyto Natal 1 x sehari seabagi amalan
harian atau 5 tablet waktu pagi dan 5 tablet lagi sebelum tidur.
Amalan diatas ini perlu dimulakan sejurus selepas melahirkan atau
dari hari ke 4 dan diteruskan pengambilannya sehingga 30- 100 hari.
Untuk mendapat kesan yang lebih baik, amalkannya bersama minuman
Akar Herbanika.
Untuk Pengunaan Harian Luaran Tubuh (hari 1 – 40)
Sapukan Minyak Herbanika ke bahagian atasan perut, bawahan
dan sekitar perut dan bekas jahitan bagi penyembuhan segera luka
bekas jahitan untuk ibu yang melahirkan secara pembedahan atau episiotomi.
Untuk memperbaiki aliran darah , lumurkan secukupnya kebahagian
belakang pinggang, celahan dalam peha, peha dan kaki dengan urutan
lembut . Sapukan 2-3 x sehari.
Penjagaan harian peribadi :
Bersihkan terlebih dahulu bahagian sulit dengan air suam.Tuangkan
1-2 titik Barra Gel ke bahagian kawasan sulit. Bersih dan
lakukan cucian secara keseluruhannya dengan air suam. Kesat kering.Tuang
basahkan Minyak Herbanika ke atas tuala wanita / pad sebelum
memakainya dengan selesa.
Herba Pembersih harian tubuh.
Semasa menjalani tempoh berpantang 30-40 hari , bagi membantu memberikan
kesegaran pada tubuh , gunakan Barra Gel sebagai pembersih bahagian
kulit tubuh dan juga dikawasan payudara, lakukan gosokan lembut.
Mandi dengan air suam panas.Cuci rambut dengan air paip dan kesat
kering. Ini adalah bagi mencegah kepanasan dan pening kepala.
Untuk pemeliharaan payudara
Urut kebahagian sekitar payudara dengan Minyak Herbanika
dan picit perlahan-lahan bahagian puting untuk mengalakkan lagi
pengeluaran susu. Sekiranya mendapati berlaku pembengkakan, rendamkan
tuala kecil ke dalam air panas dan lekapkan perlahan-lahan kebahagian
payudara yang mengalami pembengkakan. Ulangi prosedur diatas sehingga
pembengkakan surut. Kesat kering. Sapu dan lumurkan pula Minyak
Herbanika sekali lagi kebahagian payudara.Sekiranya hendak menyusui
bayi ,pastikan terlebih dahulu membersihkan bahagian puting anda
dari kesan minyak.
< Kembali ke atas >
|
| 38. |
Bolehkah rangkaian Herbanika
Bersalin turut diamal dan digunakan oleh individu lain sebagai penjagaan
kesihatan harian mereka ? |
| |
Ya boleh ! Oleh kerana herba PhytoNatal
menjalankan tugasan pembersihan secara lembut maka ia turut boleh
diamalkan dengan selamatnya oleh kaum wanita dan lelaki bagi membantu
meningkatkan kesihatan harian tubuh mereka yang telah lanjut usia,
mengalami masalah pembuangan air besar jenis normal atau terlalu
sensitif, yang mengalami masalah pengumpulan lebihan angin dalam
tubuh, mengalami inkontinansi pengencingan dan masalah kesakitan
dan sengal atau bisa otot dan sendi. Herba-herba lain yang terdapat
dalam rangkaian herbanika bersalin juga turut boleh digunakan dengan
selamatnya oleh semua individu tanapa mengira usia dan jantina.
< Kembali ke atas >
|
| 39. |
Apakah produk herba yang disyorkan
untuk membantu menurunkan tahap kolestrol ? |
| |
Pertama sekali untuk kekal sihat, seseorang itu
hendaklah mempunyai disiplin dan ketetapan mengamalkan pengambilan
diet harian yang betul dan selalu bersenam yang mana ia dapat membantu
menurunkan dan mengawal tahap kolestrol.. Kedua disyorkan untuk
anda memulakan pengamalan harian herba Pembersih Dalaman Rapi Nona
Roguy iaitu Phyto Detox dan minuman anti oksidan Akar
Herbanika 3 x setiap hari selama 3 bulan. Kedua-dua herba itu
merupakan produk yang disyorkan dan telah terbukti berupaya membantu
mempercepatkan proses penurunan dan pengawalan tahap kolestrol.
< Kembali ke atas >
|
| 40. |
Mengapakah harga produk herba
Nona Roguy mahal berbanding dengan produkproduk herba lain di
pasaran ? |
| |
Produk herba Nona Roguy mungkin agak mahal jika
dibandingkan dengan kebanyakkan formula herba tradisional yang terdapat
dipasaran masa kini akan tetapi perlu diingatkan bahawa kami mengunakan
hanya bahan mentah yang berkualiti tinggi dalam formulasi herba
kami. Kesan positif hasil pengamalan rangkaian produk kami kebiasaannya
dapat dirasai dan dilihat dalam jangkamasa 1 minggu pengambilan
dosej atau applikasi/pengunaan herba.
Setiap individu yang mengunakan produk kami pada permulaan perawatan
( 1-6 bulan) mungkin terpaksa melabur/membayar kos yang lebih walau
bagaimanapun untuk jangkamasa panjang ia akan lebih menjimatkan
wang mereka kerana produk Nona Roguy berupaya menjalankan fungsi
membantu tubuh dalam proses penyembuhan secara lebih cepat dan selepas
itu mereka hanya perlu mengambil produk itu sekali sekala bagi tujuan
penyelenggaran pemeliharaan kesihatan.
< Kembali ke atas >
|
| 41. |
Apakah produk yang disyorkan
bagi wanita yang mengalami masalah ketidaksuburan ? |
| |
Terlebih dahulu, perlulah diketahui tidak ada sebarang
ubatan moden termasuklah herba tradisional yang dapat membantu sekiranya
ia melibatkan masalah struktural/rangka yang menyebabkan ketidaksuburan
atau faktor ketidaksuburan / infertiliti yang berpunca dari masalah
genetik yang serius . Oleh kerana itu adalah mustahak untuk anda
mendapatkan khidmat nasihat dan pengesahan punca penyebab kegagalan
seseorang itu untuk hamil dari doktor perubatan (bahagian O &
G). Ini untuk memastikan anda menerima perawatan yang betul.
Pengamalan rangkaian produk herba Nona Roguy yang istimewa khusus
untuk diikuti dalam program kesuburan untuk jangkamasa 3-6 bulan
terdiri dari pembersih dalaman ( Lawas Angin / Lawas Segar /
Lawas Kencang, Akar Herbanika , Mustajab Phytox dan herba penyegar
dan pelembap dalaman Madu Tenaga Segar dan Madu Nona Harmonis
berupaya membantu memulihkan fertiliti / kesuburan di samping memastikan
kesihatan sistem reproduktif wanita dalam tahap yang baik bagi mempertingkatkan
peluang mereka untuk berjaya mengandung.
Selain dari pengamalan herba-herba di atas ,anda juga dinasihatkan
untuk mengamalkan 1 gelas setiap hari minuman "Resepi Susu kamasutra"
. Dengan mengikuti program rawatan kesuburan istimewa ini di
samping resepi istimewa minuman kamasutra, telah terbukti ia juga
dapat membantu memperbetulkan keseimbangan hormon di samping mengawal
proses ovulasi dan mengalakkan produksi telur/ovum yang lebih sihat.
Nota :
Untuk mendapatkan cara pengamalan herba khas untuk masalah anda
, sila hantar hantar emel anda melalui laman web kami, di bahagian
hubungi kami.
< Kembali ke atas >
|
| 42. |
Apakah produk bagi merawati
masalah Ketidak suburan bagi kaum lelaki ? |
| |
Pertama sekali dapatkan terlebih dahulu diagnosis
/ pengesahan yang betul dari doktor akan punca penyebab ketidaksuburan
anda. Sekiranya ia bukan berpunca dari masalah struktural / rangka
dan genetik maka peluang untuk mengatasi masalah ketidaksuburan
itu adalah lebih cerah.
Anda boleh memulakan terus pengamalan rangkaian herba istimewa yang
terpilih dalam program rawatan kesuburan untuk jangkamasa 3-6 bulan
seperti herba Pembersih Dalaman yang terdiri dari Mustajab Lawas
Kencang, Lawas Angin, Lawas Segar atau dalam bentuk tablet PhytoCleanse,
PhytoCleanse Plus, Phytox, Akar Herbanika (minuman anti
oksidan) dan juga herba pelembap Madu Tenaga Segar. Amalan
herba-herba di atas dalam program rawatan akan membantu memulihkan
kembali kesuburan dengan memastikan kesihatan sistem reproduktif
terutamanya berada pada tahap yang baik. Insya Allah.
Selain dari mengikuti pengamalan rangkaian herba di atas,anda turut
dinasihatkan untuk mengamalkan minuman "Resepi Susu kamasutra
Berhalba" bagi tujuan mengalakkan penghasilan kualiti dan kuantiti
sperma lelaki yang lebih sihat dan aktif.
< Kembali ke atas >
|
| 43. |
Saya masih menyusukan bayi yang berusia
3 bulan, adakah selamat untuk saya meneruskan susuan sekiranya saya
mengamalkan herba pembersih dalaman atau produk Herbanika. Adakah
ia akan mendatangkan kemudaratan terhadap bayi saya ?
|
| |
Penerusan penyusuan badan kepada bayi oleh ibu–ibu
yang masih meneruskan pengamalan herba pembersih dalaman seperti
minuman Akar Herbanika, PhytoCleanse, PhytoCleanse Plus, PhytoNatal
dan Madu Tenaga Segar sebagai supplemen harian kesihatan adalah
selamat. Sementara tablet Phytox dan Madu Nona Harmonis hanya boleh
diamalkan 2 x seminggu seperti dosej yang disarankan. Kesemua produk
Nona Roguy kecuali dua yang disebut di atas adalah selamat untuk
diamalkan oleh semua individu tanpa mengira usia dan jantina . oleh
kerana resepi rahsia herba–herba itu diformulasikan secara unik
sebagai antidot / penawar dalam bentuk makanan supplemen yang bukan
sahaja membantu menyembuh dan mengatasi pelbagai jenis masalah maka
ia juga tidak akan menimbulkan kemudaratan kepada kesihatan malah
berupaya membantu meningkatkan kesihatan ibu dan bayi yang disusui
.
Bagi ibu yang masih menyusukan bayi boleh memilih untuk mengamalkan
herba–herba di atas secara harian ataupun selang sehari bergantung
kepada keperluan setiap individu. Akan tetapi untuk keselamatan
, kebiasaannya kami akan menasihatkan pengambilan herba hanya dimulakan
setelah mereka terlebih dahulu mendapatkan khidmat nasihat berkaitan
dosej herba yang bersesuaian sepanjang tempoh penyusuan mereka dari
konsultan produk kami.
Sekiranya pada bila-bila masa tempoh pengambilan produk ,bayi anda
mengalami ketidakselesaan ataupun pengeluaran najis cair melebihi
5-6 x sehari maka dinasihatkan untuk ibu-ibu menurun atau mengurangkan
dosej /sukatan ataupun menghentikan buat sementara waktu penerusan
pengamalan herba dan merujuk masalah yang mereka hadapi bagi mendapatkan
nasihat selanjutnya dari konsultan produk kami.
< Kembali ke atas >
|
| |
|