|
PROMOSI
SET BERSALIN NR2U.COM
|
PROMOSI
SET STARTER KIT-1 NR2U.COM
|
PROMOSI
SET STARTER KIT-2 NR2U.COM
|
|
|
|
|
Nona Roguy (NR) adalah produk herba buatan Malaysia
yang mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Jenama
Nona Roguy (NR) adalah gabungan Nona + Roguy; dimana "Nona"
bermaksud perempuan/wanita tetapi bukan bermaksud produk ini hanya untuk
amalan oleh golongan wanita sahaja (lelaki pun akan dapat manfaatnya),
manakala Roguy adalah singkatan daripada nama Rogayah dengan gantian huruf
'a' kepada 'u' yang berbunyi guy - lelaki. Sharifah Rogayah adalah kakak
paling sulong dalam keluarga pengusaha produk Nona Roguy (NR) ini
dan berkecimpung dalam bidang pengeluaran; manakala adik beliau Datin
Sharifah Anisah mengelolakan di bahagian pemasaran dan beliau mempunyai
pengalaman dalam bidang herba selama lebih 45 tahun.
Secara tak langsung Nona Roguy bermaksud "tiada berpenyakit"
dalam bahasa sanskrit, perkara ini telah diberitahu oleh seorang saintis
antarabangsa yang datang ke Malaysia menghadiri seminar dimana beliau
telah melihat pameran produk Nona Roguy (NR) pada masa itu.
Sejak berkurun lampau, keindahan dan kecantikan menjadi aspirasi setiap
insan.Nona Roguy (NR) yang bererti "Many Many No Diseases"
atau tiada berpenyakit dalam bahasa Sanskrit dengan bangganya memperkenalkan
rangkaian ramuan herba tradisional yang lengkap untuk penjagaan kesihatan
dan kecantikan semulajadi tanpa bahaya kesan sampingan.
Ramuan pusaka tradisi keluarga ini telah diamal dan dipegang kukuh dari
generasi ke generasi sejak kurun ke-12. Amalan herba penggunaan herba
ini telah diturunkan daripada mubaligh-mubaligh Arab dan Keluarga Diraja
Siak, Jambi, Palembang dan Keraton Solo, di Jawa Tengah.
Berbekalkan rumusan herba-herba asli daripada khazanah hutan hujan tropikan
dan petua serta adat resam dahulu, rangkaian herba Nona Roguy (NR)
diproses melalui penggunaan mesin-mesin yang termoden dengan taraf piawaian
dan ketetapan yang telah ditentukan oleh kerajaan. Ramuan herba ini mengandungi
pelbagai Vitamin, Garam Galian dan Antidot yang dapat membantu mencegah
masalah penyakit di samping menjaga kestabilan kesihatan tubuh.
Gabungan keaslian herba tradisi dan kepekaan moden memastikan kesinambungan
warisan tamadun Melayu mekar dan kekal.
Ianya adalah rangkaian produk kesihatan yang berasaskan
herba yang dirumuskan secara tradisional. Produk Nona Roguy (NR)
juga kenali dengan nama "Herba Pembersih Dalam", ada juga mengenalinya
sebagai Jamu Nona Roguy (NR).
Jamu adalah dikenali oleh masyarakat Jawa sebagai herba
untuk mengubati dimana ramuannya tidak dicampur dengan bahan-bahan
kimia. Jamu juga merupakan amalan tradisi turun temurun sebelum
adanya perubatan moden. Jadi tak salah jika Nona Roguy (NR) disebut
Jamu. Namun panggilan Jamu ini telah dipandang
kolot oleh sesetengah masyarakat moden kini. Ini mungkin kerana mereka
tidak mengetahui kebaikkannya.
|