Despatch
Delivery to your doorstep. Klang Valley only.
Interested ? Please call now
ONLINE
SUPPORT
nr2u.com : Promosi Bulanan dan Hot Sales Product
PHYTO NATAL - 180 tablet
KKM No : MAL02090043TC
Digunakan
secara tradisional untuk menguatkan badan dan mengurangkan berat
badan selepas bersalin.
KHASIAT
MENGAMALKANNYA :
Membersihkan rahim, mengeluarkan angin, lendir dan darah kotor dalam
badan
Melawaskan pembuang air kecil dan besar, mengatasi masalah sembelit,
kepenatan, migrain dan angin
Mengimbangi kembali sistem badan.
Mengurangkan berat badan dan menguatkan otot-otot badan
Selamat Datang ke Laman Web nr2u.com - Belian Produk Nona Roguy Online
RANGKAIAN PRODUK NONA ROGUY (NR)
Rangkaian Pembersih Dalaman Mustajab
Nona Roguy (NR)
NASIHAT DARIPADA PENGASAS - DATIN SHARIFAH ANISAH
BARAKBAH
‘Jika anda mengamal dengan penuh disiplin,
dedikasi dan tekun, dengan izinNYA, dijamin Kesegaran, Kecantikan
dan Terpelihara Kewanitaan anda keseluruhannya.’
PERATURAN PENGGUNAAN SET RANGKAIAN HERBANIKA BERSALIN NONA ROGUY
Bersalin Normal mula pada Hari ke 4 & Bersalin Caesar
mula pada Hari ke 7
Kelawasan Buang Air Besar biasa (Normal)
makan 2 - 4 biji tablet
Terlalu lawas Buang Air Besar (Sensitif)
makan 1- 2 biji tablet
Tidak lawas Buang Air Besar (Sembelit) makan
4 - 10 biji tablet
Phyto Natal membantu membersihkan rahim
dengan mengeluarkan angin lendiran dan mengatasi Angin
Meroyan serta Murung, darah kotoran dalam
sistem badan, menyegarkan fungsi rahim serta memperbanyakkan
dan mengeluarkan susu Ibu dengan lancar. Ia menambahkan daya
tenaga semasa dalam pantang, mengimbangi kembali sistem badan,
membantu membuang lemak berlebihan, mengatasi sakit anggota,
kembung perut dan melawaskan sistem pembuangan air besar serta
air kecil. Ia juga mempercepatkan pengecutan rahim dengan
melancarkan pengeluaran darah nifas dan membantu mengekalkan
kecantikan bentuk badan yang sihat, mantap serta menyerikan
wajah.
Nota: Disyorkan pengambilan pada setiap waktu pagi
(selepas sarapan) untuk melawaskan sistem pembuangan air besar
anda pada sebelah awal petang bagi tidak mengganggu waktu
tidur anda.
Rendam 2 pkt dalam 1 flask atau thermos air panas mendidih
sehingga ia keluar pati herba teh sederhana pekat. Setiapkali
minum, masukkan 1 sudu teh 1 sudu besar Madu Lebah
Asli atau Pure Honey sebagai penawar, penguat darah, anti-bakteria
dan sumber tenaga. Minum suam panas, suam atau suam sejuk.
2 pkt boleh diulangi rendam beberapa kali selama beberapa
hari sehingga cair, rebuskan sebelum diganti yang baru.
Di Rumah
Buat Pilihan - Rendam atau Rebus
Disyorkan - rebus 2 3 paket AKAR HERBANIKA dalam
1 liter air atau secerek sederhana air panas sehingga mendidih.
Tuangkan ke dalam flask atau thermos dan setiapkali minum,
masukkan 1 sudu teh 1 sudu besar Madu Lebah Asli
atau Pure Honey sebagai penawar, penguat darah, anti-bakteria
dan sumber tenaga. Minum suam panas, suam atau suam sejuk.
2 pkt boleh diulangi rebus beberapa kali selama beberapa
hari sehingga cair, gantikan yang baru.
Minuman Antioksidan ini membantu menyegarkan
urat saraf, memperbanyakkan pengeluaran susu Ibu, mengurangkan
air berlebihan dalam badan atau atasi Retensi Air, melawaskan
sistem pembuangan air kecil, meringankan badan, membantu memecahkan
lelemak degil serta mengatasi keletihan dan sakit sendi serta
sejuk-sejuk dan juga mengawal bau badan. BOLEH DITAMBAH SERAI
(ketuk), 2 INCI HALIA TUA (ketuk), 1 SUDU BESAR HALBA dan
DAUN PANDAN 1 2 helai diikat.
3.
Minyak
Herbanika
Sapuan MINYAK HERBANIKA untuk Bersalin Normal dan Pembedahan
atau Caesarian di Wad;
Selepas Keluar dari Bilik Bersalin ke dalam Wad
Gosokkan MINYAK HERBANIKA dengan tipis ke bahagian kulit
kepala serta tengkuk dan bahu anda.
Ikat rambut dengan rapi.
Ini membantu meredakan ketegangan urat
saraf di kepala, leher dan tengkuk semasa proses peneranan
melahirkan anak dan melegakan bagi yang melahirkan secara
caesar.
Sapurata MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut, ari-ari (kecuali
bahagian pembedahan), tundun sulit, peha, celahan
peha, pinggul, pinggang, lutut, belakang lutut, betis dan
tapak kaki.
Pakaikan Stokin.
Ini membantu melembutkan urat saraf
dan otot yang tegang (semasa peneranan berlaku) atau kurang
pergerakan (semasa proses pembedahan) dan membantu melancarkan
peraliran darah.
Untuk Bersalin Normal
Kemudian, tuangkan MINYAK HERBANIKA ke bahagian sulit
(biar minyak mengalir ke celahan sulit ke bahagian episiotomi
/ luka jahitan) dan tuangkan ke atas pad/tuala sanitari.
Pakai dengan selesa.
Untuk Bersalin Caesar/pembedahan
Gunakan MINYAK HERBANIKA ke atas pad/tuala sanitari.
Pakai dengan selesa.
Ini membantu mempercepatkan proses
penyembuhan luka jahitan, memecahkan pengumpulan angin di
usus serta rahim dan mengecutkan rahim secara luaran.
Bengkung Ringan dengan MINYAK HERBANIKA semasa di Wad;
Bagi Kelahiran Normal
Selepas sapuan MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut serta
pinggang, disyorkan penggunaan Strap-On Binder
(Bengkung Moden yang mudah didapati di Farmasi) dengan ringan
dan rapi.
Bagi Bersalin Caesar/pembedahan
Selepas sapuan MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut serta
pinggang (kecuali bahagian surgeri), pastikan kegunaan Strap-On
Binder yang ringan dan melepasi tundun sulit anda
(tanpa memberi penekanan di bahagian surgeri).
Anda boleh teruskan amalan Berbengkung secara
ini selama 2 Minggu sebagai langkah penjagaan awal.
4.
Krim
Herbanika Barut
Bagi Kelahiran Normal pada Hari ke-4 sehingga 44 Hari (Disyorkan
selama 60 hari) dan bagi Kelahiran Caesar atau Pembedahan
pada Hari ke-15 sehingga 44 Hari (Disyorkan selama 60 Hari).
Selepas sapuan MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut serta
pinggang, sapu rata KRIM BARUT di perut, ari-ari, pinggang,
pinggul serta atas peha.
Gunakan Strap-On Binder (Bengkung Moden yang
mudah didapati di Farmasi) atau Bengkung Tradisional (jenis
Kain Barut) dengan kemas, kejab dan rapi.
Pastikan Kain Barut atau Bengkung dari paras bawah payudara
sehingga melepasi atas peha bagi mendapatkan bentuk badan
yang ramping, tidak kembang, kemas dan mantap.
Gunakan Bengkung dari waktu pagi sehingga lewat petang.
Bukakan bengkung untuk amalan cucian atau cebuk bahagian
sulit atau bersediakan diri untuk waktu malam.
Sapu semula seperti diatas dan gunakan Bengkung semalaman.
Sangat berkesan untuk mengatasi perut
lembik, besar, buncit, menggeleber, kembang dan kendur. Ia
membantu mengempiskan serta mengejabkan perut, merampingkan
pinggang, mengatasi jaluran serta parut pada kulit dan mengecutkan
rahim secara luaran dengan membantu melancarkan peraliran
nifas serta darah busuk dari saluran rahim. Ia juga dapat
mengatasi pembengkakan luaran anggota badan.
5.
Herbanika
Lulur
Bagi Rawatan di Rumah untuk Kelahiran Normal dan Caesar atau
pembedahan
Sebelum mandi, ambil 1 2 sudu besar HERBANIKA LULUR
digaul sederhana cair dengan air suam.
Sapurata ke seluruh badan, lakukan gosokkan
atau lulur semasa ia separa kering sehingga bersih. Elakkan
lulur di bahagian payudara serta perut secara kasar
atau menyental. Lakukan dengan lembut dan berhati-hati.
Elakkan lulur di bahagian puting payudara yang berkulit
sensitif akibat penyusuan.
Mandi dan bilas dengan bersih (gunakan Mandian Herba untuk
badan anda).
Ulangi amalan Lulur ini setiap hari selama
30 hari ke 44 hari untuk mendapatkan kesan yang baik.
Ia akan menghilangkan daki, menghaluskan
kulit yang kasar, mencerahkan kulit yang berpikmentasi kehitaman
atau jeragat, mengatasi ketegangan otot, mengecutkan bentuk
badan yang kembang atau sembab angin
dan mengatasi sejuk-sejuk, kebas, lenguh atau sengal badan
di samping mengelakkan kemasukan angin sejuk.
Ia mengembalikan kemantapan kulit Ibu dalam pantang bersalin
dengan memecahkan lemak degil serta angin lendir, mengecutkan
bengkak sendi, otot, urat saraf dan mengatasi masalah Bengkak
Vena atau Vena Varikos. Membantu menegangkan payudara yang
kendur dan atasi penyumbatan pada payudara.
6.
Uncang
Cuci Herbanika
Bercebuk Bahagian Sulit untuk Bersalin
Normal di Wad dan Rumah
Masukkan 2 genggam Garam dan 2 pkt UNCANG CUCI HERBANIKA
ke dalam sebekas air suam panas. Tekankan paket agar keluar
pati herba yang pekat.
Lakukan cucian serta cebuk di bahagian sulit dan luka
jahitan anda.
Kesat kering. Sapukan MINYAK HERBANIKA ke bahagian luka
jahitan episiotomi dan tuangkan ia ke atas pad
atau tuala sanitari anda.
Bercebuk Bahagian Sulit untuk Bersalin
Caesar di Wad dan Rumah
Rendamkan 1 pkt UNCANG CUCI HERBANIKA ke dalam sebekas
atau semangkuk air suam panas. Tekankan paket agar keluar
pati herba yang pekat.
Lakukan cebuk dan cuci di bahagian sulit sehingga terasa
bersih serta segar. Kesat kering.
Tuangkan MINYAK HERBANIKA ke atas pad atau tuala sanitari
anda untuk melancarkan keluaran darah nifas dan mengatasi
masalah rengat atau ketidakselesaan di bahagian
perut.
Uncang Cuci Herbanika boleh direbus bersama Daun Sireh,
Inai, Daun Pandan, Serai Wangi, Halia Tua, Halba dan Garam
untuk dijadikan Mandian Herba Ibu Bersalin selama
14 hari atau 30 hari sehingga 44 hari.
Uncang Cuci Herbanika membantu menghindari
daripada jangkitan kuman (infeksi), kegatalan kulit, atasi
darah berbau, menghindari dan menyembuhkan luka, kudis, nanah,
masalah berair dan mempercepatkan penyembuhan luka jahitan
episiotomi. Sebagai mandian herba, ia memelihara
kulit agar segar, mantap dan tidak mudah dimasuki angin
sejuk.
PEMAKANAN SEIMBANG SEMASA DALAM PANTANG
BERSALIN.
Nasi panas sederhana lembut, bubur nasi, spagetti, pasta dan
makaroni.
Sayur-sayuran yang disyorkan ialah bawang putih, bawang merah,
bawang besar, halia, lengkuas, daun dan bunga kunyit, ulaman lemuni,
ulaman pegaga, daun pudina, daun kari, brokoli, karet dan sawi,
serai , lengkuas, cauli-flower, baby-jagung.
Ikan segar yang dsiyorkan ialah ikan merah, tenggiri, haruan,
jenahak, selar kuning, kerisi, kurau, kerapu, siakap, kod, bawal
putih dan senangin.
Makanan bijirin iaitu gandum (oats), empingan jagung (corn flakes),
bran, muesli, beras merah, beras perang, beras, kismis kuning
dan hitam, kekacang soya (tauhu, tempe dan tofu), kekacang badam,
walnut, makadamia, gajus dan bijan, roti putih, roti wholemeal/wholegrains,
roti canai, chapati, tosei, roti puri dan kari.
Buah-buahan yang boleh disyorkan ialah epal merah, oren manis
(limau manis), kurma, buah zaitun, buah tin (fig), delima, pir,
lai, pic, aprikot, strawberi, anggur (jangan berlebihan boleh
akibatkan batuk), jus epal, ribena dan sirap.
Minuman berkhasiat disyorkan susu, susu soya, horlicks, milo,
dan akar herbanika.
Gunakan pemanis iaitu madu lebah asli, gula merah, gula perang
dan raw sugar.
Teruskan amalan Vitamin sebagai suplimen anda semasa menyusu
bayi.