|
MAKLUMAT PENTING BERKAITAN PEMBELIAN :
- Anda dinasihatkan menggunakan capaian internet berkelajuan tinggi
supaya tidak membantutkan proses pembelian dan tempahan yang sedang
berjalan.
- E-mel yang diberikan mestilah berkemampuan menampung pemindahan fail
dan akaun e-mel yang di berikan mestilah akaun yang aktif.
- Kami akan menghantar invois pembelian produk anda melalui alamat e-mel
yang diberikan.
- Kami akan menghantar kepada anda e-mel atau iklan terbaru produk kami
kepada anda dari masa ke semasa.
PEMBELIAN ONLINE :
- Semua harga yang dipaparkan adalah harga ahli Nona Roguy (NR).
- Pembelian secara on-line terbuka kepada semua orang dan anda bolehlah
rujuk promosi terkini yang kami tawarkan dari masa ke semasa.
- Pastikan maklumat yang diberikan adalah betul dan perlu ada penerima
yang akan menandatangani pengesahan pesanan anda diterima. Ini adalah
bagi memastikan pesanan anda diterima pada masanya. Kelewatan disebabkan
masalah ini adalah tanggungjawab anda.
- Sebarang perubahan perlu diberitahu dengan menghubungi kami melalui
telefon sebelum 1 petang, penghantaran akan dibuat selepas 2 petang.
Perubahan tidak akan dilayan selepas penghantaran dibuat. Kami hanya
dapat memberikan nombor rujukan pos untuk pertanyaan status.
- Proses penghantaran biasanya akan mengambil masa 2-3 hari bekerja
bagi Semenanjung Malaysia dan 3-5 hari bekerja bagi Malaysia Timur setelah
tempahan yang dibuat disahkan pembayarannya. Kami akan memaklumkannya
melalui e-mel/sms apabila produk telah dihantar kepada anda.
- Pesanan yang dihantar telah dipastikan dalam keadaan elok dan baik.
Sila pastikan pesanan anda diterima dalam keadaan baik. Sebarang kerosakan
pesanan perlu diberitahu dengan segera selepas penerimaan. Sekiranya
pesanan telah rosak disebabkan kecuaian kami, kami akan menggantikannya
dengan segera. Jika selepas 2 hari, kami mengganggap kerosakan itu bukan
kesilapan kami.
POLISI PEMULANGAN PRODUK :
- Semua produk yang didagangkan adalah terpelihara di bawah Akta Hak
Cipta serta terjamin mutu dan kualitinya.
- Produk yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan. Pesanan yang dihantar
telah dipastikan dalam keadaan elok dan baik. Sila pastikan pesanan
anda diterima dalam keadaan baik. Sebarang kerosakan pesanan perlu diberitahu
dengan segera selepas penerimaan. Sekiranya pesanan telah rosak disebabkan
kecuaian kami, kami akan menggantikannya dengan segera. Jika selepas
2 hari, kami mengganggap kerosakan itu bukan kesilapan kami.
KOS PENGHANTARAN PRODUK :
- Bermula dari RM 5.00 bagi Semenanjung Malaysia.
- Bermula dari RM 10.00 bagi Sabah / Sarawak.
- Sila rujuk promosi terkini kami yang menawarkan PENGHANTARAN PERCUMA
mengikut pakej promosi kami.
PANDUAN :
- Kami mengalu-alukan tempahan dan pembelian secara online melalui proses
selamat dan terjamin dengan VISA, MasterCard atau kad kredit lain.
- Kami juga menjalankan pembelian secara offline melalui pembayaran
tunai, cek, kiriman wang, atau wang pos (produk hanya dihantar setelah
bayaran disahkan).
- Sila baca dan fahami setiap arahan yang tertera ketika membuat pembelian
dan tempahan secara online.
- Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda menggunakan
produk kami dan membeli secara online.
|